Temuduga

Pada akhir sessi temuduga, Pegawai Sumber Manusia bertanya kepada seorang jurutera muda yang baru keluar dari Massachusetts Institute of Technology, "Berapa gaji permulaan yang anda minta?" Pemuda tersebut jawab, "Saya minta $125,000 setahun, dan bergantung kepada pakej yang ditawarkan syarikat kepada saya." Penemuduga bertanya, "Nah, apa yang akan anda katakan sekiranya kami beri pakej percutian lima minggu, 14 kali percutian dibayar penuh oleh syarikat, pakej perubatan dan pergigian sehingga besara yang nilainya hampir 50% daripada gaji, dan pajakan kereta syarikat setiap dua tahun, mungkin, kereta Corvette warna merah? "Jurutera itu duduk dengan tegak dan berkata, "Wow! Adakah anda bergurau?" Penemuduga menjawab, "Ya, tetapi anda yang mulakan dulu."