Pertaruhan Lelaki Sombong

Seorang lelaki bijak yang sombong dan yakin dengan kebijaksanaannya ingin bertaruh dengan seorang lelaki bodoh.

Lelaki itu berkata, "Hei bodoh, setiap soalan saya tanyakan kepada kamu sekiranya kamu tidak tahu jawapannya, kamu perlu beri saya $5. Dan jika kamu bertanya soalan kepada saya dan saya tidak boleh menjawabnya, saya akan berikan kamu $5,000."

Lelaki bodoh berkata, "Baiklah."

Lelaki yang bijak itu kemudian bertanya, "Berapa banyak benua yang terdapat di dunia?" Bodoh tidak tahu dan menghulurkan $5 kepada lelaki bijak.

Lelaki Bodoh, "Sekarang saya bertanya: haiwan apa yang berdiri dengan dua kaki tetapi tidur dengan tiga kaki?" Lelaki bijak berusaha mencari jawapan kepada soalan tersebut dan ia agak sukar, akhirnya dia berputus asa dan menyerahkan $5,000 kepada lelaki bodoh.

Lelaki bijak bertanya, "Celaka, saya tewas. Sebenarnya, apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?" Lelaki bodoh menghulurkan $5 kepada lelaki bijak.