Surat Untuk Ayah

Seorang bapa sedang melintasi bilik tidur anak lelakinya, terpesona dengan katil yang kelihatan kemas dan tersusun rapi. Terlihat sampul surat di atas bantal anaknya. Tertulis diatas sampul surat, "Ayah." Dengan tangan yang menggeletar, dia membuka sampul surat dan membaca surat itu...

"Kehadapan, ayah. Dengan rasa kesal dan dukacita saya menulis untuk ayah. Saya terpaksa lari dengan teman wanita baru saya, kerana saya mahu mengelakkan pertelingkahan dengan ibu dan ayah.

Saya ingin mencari kehidupan baru dengan Stacy, dan dia begitu baik, tetapi saya tahu anda tidak akan bersetuju dengannya kerana dia bertindik, bertatu, berpakaian motosikal yang ketat, dan juga kerana dia jauh lebih tua daripada saya.

Tetapi ia bukan hanya kehidupan baru, ayah. Dia juga telah mengandung. Stacy kata kami akan gembira nanti. Dia memiliki sebuah treler di dalam hutan, dan mempunyai timbunan kayu api yang mencukupi sepanjang musim sejuk nanti. Kami berkongsi impian untuk mempunyai ramai anak.

Stacy telah membuka mata saya kepada hakikat bahawa ganja tidak benar-benar menyakiti sesiapa. Kami akan menanam ganja untuk diri kami sendiri, dan menjualnya kepada orang lain dalam komuniti kami. Begitu juga untuk semua kokain dan ekstasi yang kami miliki.

Dalam pada itu, kami juga berdoa agar sains menemui penawar untuk AIDS, jadi Stacy boleh menjadi lebih sihat. Dia berhak untuk sihat!

Jangan risau, ayah. Saya sudah 15 tahun, dan saya tahu bagaimana untuk menjaga diri sendiri. Suatu hari nanti, saya yakin kami akan kembali untuk melawat ayah dan ibu, supaya ayah boleh berjumpa dengan cucu-cucu ayah.


Yang benar anak ayah, Josh.

P.S. Ayah, semua cerita yang diatas tiada satu pun yang benar. Saya pergi ke rumah Jason. Saya hanya mahu mengingatkan ayah bahawa ada perkara yang lebih buruk dalam hidup daripada laporan sekolah saya yang ada di atas meja dapur. Telefon saya apabila keadaan selamat bagi saya untuk pulang ke rumah!