Dengar Dulu

Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa.

Isteri memberi aku segelas air. Anak lelaki ku memberi sehelai kertas. 

English.    17 /100
BM.        35/100
Agama.  45/100
Sejarah   48/100
Geografi.  38/100
Maths.      40 /100
Gen.Science    37/100
Kesusasteraan 60/100
Arts. 68/100

Aku mula hilang sabar. 

"Apa ni?  Asyik henfon dan tv ... inilah jadinya. 
Berani kau tunjuk pada abah result kau tu?"

Isteri ku cuba menyampuk : "Sabar. Dengar dulu ..."

Aku kata padanya :
"Anja diam. Ni semua salah anja manjakan sangat si boy tu."

Isteri ku mencelah : "Oh. Salah anjalah?"

Aku berkata :
"Belum pernah anak2 kita dapat result seburuk tu."

Si boy cuba menerangkan keadaan sebenar seraya berkata :
"Ayah. Saya membersihkan almari lama di dalam store dan saya terjumpa kertas ni."

 "Ini kad laporan sekolah ayah masa dulu."

Terkini
Terdahulu
Post Seterusnya »